Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) optimis prestasi kewangannya pada separuh kedua 2023 (2H23) akan bertambah baik, disokong oleh pembukaan semula sempadan China awal tahun ini.
Presiden dan ketua pegawai eksekutif Park Hyun Chul berkata walaupun syarikat itu telah menyaksikan sedikit peningkatan bermula pada Januari, kemajuan, dari segi permintaan, telah bergerak lebih perlahan daripada jangkaan.
Beliau berkata keadaan pasaran tidak menentu kerana terdapat pemain tambahan, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar serantau lebih perlahan daripada jangkaan, serta tekanan kos dan inflasi apabila harga minyak meningkat.
“Harga minyak dikaitkan dengan kos bahan mentah kami kerana ia merangkumi 80% daripada kos. Walau bagaimanapun, kita dapat melihat bahawa margin kita perlahan-lahan melebar. Justeru kami menjangkakan prestasi lebih baik pada 2H23,” katanya.
Beliau berkata demikian di luar majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd dan Polymateria Ltd untuk bersama-sama membangunkan produk yang menggabungkan resin plastik biodegradasi generasi akan datang.
Park berkata pemain lain dalam industri petrokimia juga menghadapi situasi sama di mana kitaran bekalan dan permintaan kini mengalami kemerosotan selepas tahun-tahun sebelumnya yang menguntungkan. Namun begitu, dia percaya ia akan membuat pusingan U dan kembali normal. — Bernama
La información y las publicaciones que ofrecemos, no implican ni constituyen un asesoramiento financiero, ni de inversión, trading o cualquier otro tipo de consejo o recomendación emitida o respaldada por TradingView. Puede obtener información adicional en las Condiciones de uso.