FauziSaham

Pworth akan kembali uptrend?

MYX:PWORTH   PRICEWORTH INTERNATIONAL BHD
Jika dilihat pada perkembangan terkini Priceworth yang digantung operasi pembalakan dari tahun lepas, pada 14 Mac 2019 mereka telah mengumumkan menerima kembali kayu balak mereka sebanyak 11,000 cubic metres. Ini membolehkan mereka menjalankan kembali operasi downstream mereka.

Selain itu perkembangan ini turut memberi isyarat, operasi pembalakan mereka mungkin dapat disambung kembali dalam masa terdekat ini. Penggantungan terhadap operasi mereka telah menyebabkan kekurangan supply di dalam pasaran, sedikit sebanyak menaikkan harga balak. Dengan penyambungan semula operasi nanti, mereka dijangka akan dapat manfaat dari kekurangan supply yang berlaku sekarang.

Melihat pada teknikal pula, ia melakukan gap selepas pengumuman tersebut, menandakan kehadiran minat yang tinggi.

Ini disokong pula oleh indicator OBV yang menunjukkan tekanan belian sekarang telah melangkaui tekanan belian pada 17 Disember 2018. Kenaikan tekanan belian ini mencadangkan harga kemungkinan besar akan bergerak uptrend.
Exención de responsabilidad

La información y las publicaciones que ofrecemos, no implican ni constituyen un asesoramiento financiero, ni de inversión, trading o cualquier otro tipo de consejo o recomendación emitida o respaldada por TradingView. Puede obtener información adicional en las Condiciones de uso.