HairulAzizi

Sejarah TESLA berulang kembali

Largo
NASDAQ:TSLA   Tesla
Seperti Oktober tahun 2018 lepas, Tesla naik mendadak setelah pengumuman earnings pada suku ke tiga. Walaupun pengasasnya Elon Musk sering dikaitkan dengan kontroversi, menghisap ganja ketika live malah mengenepikan pemegang saham Tesla hingga melanggar peraturan SEC. Beliau seolah-olah tidak kisah sehingga bertindak berhenti dari menjadi chairman Tesla dan membayar denda USD20juta begitu saja. Perkara ini bukanlah tidak pernah berlaku pada seseorang founder syarikat. Sama juga seperti Steve Job yang pernah meletak jawatan dari syarikat Apple, mereka ini tidak menghiraukan aspirasi pemegang saham tetapi mengikut saja keinginan (passion) mereka. Jika mengikut carta, gap up kenaikan selepas earning TSLA dijangka akan menguji paras rintangan. Teknologi seperti Space-X, kereta pandu sendiri Tesla dan sebagainya mungkin boleh mempengaruhi sedikit sebanyak kenaikan carta Tesla.
Exención de responsabilidad

La información y las publicaciones que ofrecemos, no implican ni constituyen un asesoramiento financiero, ni de inversión, trading o cualquier otro tipo de consejo o recomendación emitida o respaldada por TradingView. Puede obtener información adicional en las Condiciones de uso.