Invesco S&P 500 Low Volatility ETF dilihat bergerak dalam trend menurun sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Jika diamati, carta pada selang masa mingguan, pergerakan harga dilihat seakan membentuk corak carta "Puncak Berganda"
Petunjuk Volum dilihat menyokong pembentukan corak carta berkenaan dengan volum dilihat rendah ketika puncak B terbentuk
RSI mingguan juga dilihat membentuk 'divergence' tatkala puncak kedua terbentuk
Walaubagaimanapun kehadiran minat belian dilihat menghalang harga daripada turun memecahkan sokongan
Hal ini dapat dilihat dengan kehadiran lilin doji pada minggu dagangan sebelum ini

Persoalannya mampukah harga bertahan dan membatalkan pembentukan corak carta terbabit?

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti.
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Double Top or BottomTechnical IndicatorsSupport and Resistance

Exención de responsabilidad