MU: Menguji Rintangan

Saham syarikat Micron Technology dilihat membuat kenaikan sejak awal bulan dagangan yang lalu

Jika diperhatikan secara am, harga saham ini dilihat masih lagi berada di bawah garisan arah aliran menurun
Harga saham beberapa hari yang lalu dilihat cuba menguji kekuatan garisan arah aliran menurun yang juga selari dengan rintangan SBR
Walaubagaimanapun volum belian dilihat kurang ketika harga membuat kenaikan menunjukkan minat belian yang lemah
Petunjuk RSI harian berada di atas paras pertengahan namun RSI mingguan dilihat masih di bawah paras pertengahan (tidak ditunjukkan)
Pergerakan harga pada selang masa mingguan juga dilihat seakan membentuk corak carta 'paras tinggi berganda' (tidak ditunjukkan)
Jika disimpulkan kesemuanya, pergerakan harga dilihat masih lagi lemah ketika idea ini ditulis

Ke mana halatuju harga sebenarnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Multiple Time Frame AnalysisSupport and ResistanceTrend Lines

Exención de responsabilidad