WanFaizal

MTOUCHE (Shariah) - Menguji Kesabaran

MYX:MTOUCHE   MTOUCHE TECHNOLOGY BHD
1) MTOUCHE berad dalam sektor "Telecommunication & Media". Subsektor pula "Telecommunications Service Providers".
2) Terlibat secara aktif dalam perkhidmatan tambah nilai mudah alih dan pemasaran media digital. Perniagaan teras terdiri daripada aplikasi mudah alih dan perkhidmatan teknologi yang berkaitan termasuk pengembangan kandungan mudah alih, teknologi pesanan mudah alih, platform pengebilan, dan penyelesaian media interaktif berdasarkan teknologi tanpa wayar dan internet
3) Dari segi bacaan EPS, PE dan ROE tidak begitu menarik kerana mencatatkan bacaan negatif. Revenue pula berada pada paras 19juta - 27juta setahun.
4) Dari segi carta, MTOUCHE sudah berada dalam keadaan sideway dalam tempoh yg agak lama, mungkin hanya menunggu masa sebelum beraksi semula.

SP 0.055
R1 0.070
R2 0.080
R3 0.090
R4 0.100
RRR 2.5 : 1

PENAFIAN:
Bukan BUYCALL
Kajian hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja
Exención de responsabilidad

La información y las publicaciones que ofrecemos, no implican ni constituyen un asesoramiento financiero, ni de inversión, trading o cualquier otro tipo de consejo o recomendación emitida o respaldada por TradingView. Puede obtener información adicional en las Condiciones de uso.