PIE: Pembentukan divergence?

PIE dilihat melakukan kenaikan sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Pergerakan harga secara umumnya dikatakan masih lagi bergerak dalam keadaan trend menaik
Namun, petunjuk RSI pada selang masa mingguan seakan menunjukkan terdapatnya pembentukan 'bearish divergence'
RSI dilihat membentuk 'lower high' manakala carta lilin membuat 'higher high' yang baharu menunjukkan terdapatnya kelemahan
Harga berkemungkinan melakukan pembetulan seketika sekiranya minat belian semakin berkurang
Walaupun begitu, pergerakan harga pada beberapa hari dagangan yang mendatang juga masih perlu diambil kira

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Technical IndicatorsTrend Analysis

Exención de responsabilidad