FB: Divergence Kenaikan Tersembunyi?

FB pada selang masa mingguan dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan lalu mematuhi saluran menaik

Harga pada ketika ini dilihat berada berdekatan dengan paras sokongan saluran dan juga sokongan dinamik MA50 mingguan
Jika diperhatikan pada histogram MACD, pergerakan harga seakan telah membentuk 'divergence kenaikan tersembunyi' tatkala harga turun membuat 'low' yang baharu berdekatan dengan sokongan saluran menaik terbabit
RSI mingguan bagaimanapun dilihat masih berada di paras pertengahan dan belum menunjukkan kehadiran momentum yang kuat
Lilin pada selang masa mingguan juga dilihat masih menguji dan berada di bawah rintangan MA200 harian (tidak ditunjukkan)
Mampukah bertahan atau terus membuat kejatuhan?

Menarik untuk diperhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Technical IndicatorsTrend Analysis

Exención de responsabilidad