Analisa BTCUSDT pada selang masa bulanan seakan memperlihatkan beberapa tanda kelemahan selepas matawang kripto ini melakukan kenaikan mendadak beberapa bulan lalu

Carta bulanan BTCUSDT seakan memperlihatkan kehadiran corak carta 'double top' yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah
Petunjuk RSI juga dilihat membentuk 'exaggerated bearish divergence' sekiranya benar corak carta 'double top' telah terbentuk
Petunjuk OBV juga dilihat semakin berkurang tatkala harga melakukan kenaikan yang menunjukkan penurunan penyertaan belian
Analisa lilin individu juga memperlihatkan lilin seakan hendak membentuk 'twezzer top'
Harga terkini dilihat sedang bertahan di atas paras sokongan fibonacci dan masih lagi mematuhi garisan trend menaik yang dilukis pada selang masa mingguan
Trend secara amnya dilihat masih cenderung melakukan kenaikan

Namun sekiranya pergerakan harga melawan petunjuk, maka ini mengisyaratkan 'Hound of The Baskerville' berkemungkinan terbentuk menunjukkan pergerakan trend baharu yang kuat bakal berlaku (The New Trading For A Living, 2014, pg.89)

Menarik untuk diperhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

Exención de responsabilidad